Pasca PMR
Friday, 26 October 20123:06 pm
oh hello ! lol , yang atas tu mukadimah je.takde kaitan ngan yang hidup atau mati.so sekarang ni aku dah habis PMR.habis dah ? weeeeeeeeeeeeee~lompat KLCC.maca tak percaya je. masa berputar terlalu cepat.aku rasa aku baru je naik tingkatan satu.perasan muda la kononya.
disebabkan budak budak dah hilang arah lepas berperang jadi sekolah kitorang sekarang buat pasca PMR bagi budak budak lepasan perang dunia ketiga.syukur alhamdulillah aku masih hidup.ok sekarang ni pukul 4 pagi dan aku tak taw nak cakap apa lagi jadi meh aku cite bende yang bes bes pasal pasca.hahaha.
hari isnin minggu lepas kitorang pegi lawatan ke sekolah teknik vokasional di pengkalan chepa dekat ngan rumah aku.nak cerita lebih lebih pasal sekolah tu takut timbul isu pulak jadi setop disitu sahaja la.pastu betapa bahagianya hidup aku lepas kaunselor kesayangan kitorang buat surprise!dia bawak kitorang pegi makan kfc.rugila siapa yang tak pergi tu.
pastu hari selasa ada training hoki untuk perlawanan antara kelas pada keesokannya.sebenarnya aku tak berapa berminat nak join tapi jadi gila lepas kelas kitorang dapat ke level seterusnya.next level,eceh ~haha,ayat budak budak game.
esoknya,bagai orang mengantuk disorongkan bantal,dua orang wakil hoki kelas kitorang tak datang.time nak lawan tak datang pulak.jadi aku ngan membe aku join la.hahahaha.aku jadi keeper for the first time in my life!yeah!alhamdulillah kelas kitorang menang walaupun aku tak pernah main hoki dan berdiri macam tunggul je kat tiang gol tu.


